Thursday, July 14, 2016

I walked with MapMyWalk! Distance: 2.50km, time: 34:10, pace: 13:39min/km, speed: 4.39km/h. http://mapmywalk.com/workout/1606462904

Tuesday, June 28, 2016

Ramadhan..

...dh nak pergi tak lama lagi. Sedih. Bulan ni khusus Allah bg khas utk umat Nabi S.A.W. Allah bg byk bonus dan kelebihan utk dpt extra vaganza pahala. Kadang2 pelik jugak tgk status retis2 dan kawan2 yang x sbr tgu ramadhan habis sbb nak raya. Kesian..kesedaran ttg Islam kurang.

Wednesday, June 15, 2016

PELIK

..dengan sikap sesetengah orang ni. Sepatutnya kalau dua org yg sedang bertelagah..kalau boleh, kita lah pendamainya. Tapi jd nya lain. Kita jadi batu api. Nasihat hanya pada pihak A sebab pihak B tak boleh di usik..mmm entah lah. Suka hati hang la...elok la hidup mcm tu.

Saturday, June 11, 2016

Jun 2016

Ramadhan bermula dan fakulti aku menerima pengurusan baru..Moga yang baik2 shj utk ku..Amin


Wednesday, May 18, 2016

Sabar

"Sedih masa pembentangan bagi satu projek training. Antara dua bos yang punya syarikat ini mula marah saya. Cakap kasar dan perlekehkan saya. Saya diam jer. Dia hina dan rendahkan diri saya. Erm, saya terfikir juga siapa yang panggil saya tadi. Ada 4 buah syarikat buat pembentangan. Dia hina pakaian saya. Dia hina janggut saya. Dia hina hidup saya. Dia hina syarikat saya. Kami tak akan pernah buat training dengan orang macam awak...siapa awak. Apa awak ada. Dia cakap dengan kasar teramat.
Saya cakap terima kaseh dan syukur pada Allah bertemu dengan tuan puan semua...Allah sayang. Dalam hati sangat terkejut...ya Allah berilah hidayat buat mereka.
Saya pergi dengan staf saya. Staf saya tanya kenapa tak balas dan jawab. Saya kata takperlah semoga Allah bagi hidayah pada mereka. Sebenarnya bila kita tak jawab penghinaan orang. Nanti Allah jawabkan. Bila kita jawab dengan hati kita yang sedih campur marah nanti syaitan datang. Rahmat Allah jauh..kita cuma nak Allah maafkan kita. Kemaafannya segalanya. Redha Allah itu mahal. Disimpan dalam kesabaran dan kebaikan. Mungkin sebab hari ini, Allah sayang kita cukuplah.
Tapi dia melampau ustaz. Kalau tak suka tak perlu hina orang. Kita tak kaya tapi tak minta sedekah pada dia. Saya kata takper sebab ada rahmat disebalik semua ini. Usah peduli apa kata orang kepada kita. Tapi yang penting apa pandangan Allah. Hidup untuk redha Allah. Teruskan dakwah dan usaha yang baik. Selebihnya kerja Allah..
Takdir Allah, tadi saya baru dapat tahu saya dapat projek tu kerana ada seorang ketua mereka yang baru sampai pilih saya. Dia suka dengar ceramah saya di ikim dan youtube. Dia akan datang bawa ketua lain termasuk yang marah marah saya untuk berbincang program tu..
Staf saya tersenyum kata. Ya Allah ajaibnya kesabaran dan hikmah disebalik sedih. Allah maha kuasa. Dia boleh buat apa sahaja. Dia kehendaki. Usah jawab cacian orang kerana jika mereka panjang umur mereka sendiri akan melihat kebesaran Allah di dunia. Itulah ajaibnya doa. Ajaibnya sunnah Nabi saw. Dunia ini berjalan bukan dengan aturan orang besar atau berkuasa. Ia berjalan dengan kehendak Allah tuhan sekalian alam. Tiada tuhan melainkan Allah. Kita merancang, Allah merancang. Perancangannya yang sedang berjalan dan terjadi.
Usahlah bersedih terlalu lama, kerana kita sedang dilihat dan dijaga oleh Allah. Tersenyumlah kerana kita tak seorang. Allah tak pernah tinggalkan kita walau apapun yang terjadi. Cukuplah Allah buat kita"-ebit lew