Sunday, April 24, 2016

Percaya..


Panggilan dari ex SV PhD aku selalunya mcm satu wake up call. Pagi2 td masa aku tgh kusyuk goreng mee, dia call, "Zurriati, hantar ke saya draf paper utk submit ke journal Q1 or Q2, thats our target now". Alhamdulillah, dlm rasa keterasingan ini..ada jalan keluar yg Allah tunjukkan....Syukur.



Thursday, April 21, 2016

Suasana Pagi

..skg ni kalau nk buat outdoor xtvt..make sure pagi2..pukul 8.30 dah start panas terik..Ya Allah..turunkan hujan..sejukkan bumi Mu..amin

Monday, April 11, 2016

Rasa ini..

TEGUR MEMANG SEDAP TAPI...

Memang benar orang yang DITEGUR atas suatu kesilapan atau ketidaksempurnaan atau kekurangan itu SEDANG DIUJI hatinya untuk menghadam teguran & nasihat itu tidak kira ia benar atau salah. Dia juga diuji bagi mengenepikan rasa terhina dan termalu atas kelemahan diri hingga teringin mencari alasan dan hujah balas.
NAMUN PERLU DIINGAT orang yang MENEGUR juga SEDANG DIUJI keikhlasan hatinya lantaran ia sedang dicucuk syaitan bagi merasa lebih hebat, mulia, lebih bijak. Dia juga diuji bagi melawan sukarnya untuk menyedari kemungkinan tegurannya tersasar dari kebenaran dan berlaku zalim terhadap yang ditegur

-dipetik dr FB Dr Zaharudin Abd Rahman

Sebulan satu buku

Akhirnya...berjaya juga menghabiskan buku "Jangan Berhenti Berlari" karangan Dr Zaharudin. Buku ni aku beli masa tahun 2013, masa jiwa tgh kacau nak siapkan PhD  dan sebagainya. Pastu, masuk keja mmg x sempatlah nak membaca...sebenarnya bukan x sempat, cuma aku selalu bagi alasan untuk x nak membaca. Lebih suka skrol hp tgk dan baca news feed di FB. Skang, semenjak aku delete FB dari hp aku, makanya aku byk masa untuk membaca. Alhamdulillah. Review ttg buku ni, nanti2 lah aku tulis...skg byk paper nak kena marking.




Friday, April 8, 2016

Puasa FB

He3..org lain dok sibuk puasa bulan Rejab...aku plak sibuk puasa fb ya..yes..ni jihad aku.
So far dah hampir seminggu aku x update fb...jenguk sekali sekala..like itu ini..dah..tutup balik. Byk faktor membuatkan aku nk puasa fb ni..antaranya
1. Nak kurangkan rasa dengki,kurang senang,susah hati,marah dan segala mcm sifat mazmumah yg wujud bila ber fb ni. Aku yakin je ada kalangan kita ni...bila ber fb..terbawa2 dgn apa yg di baca..menganalisis dgn hanya satu dua maklumat,tgk gambar yg gembira2 shj..dan mcm2 lagi.Aku pon x terkecuali dgn rasa2 mcm tu. So..aku nak jauhkan rasa2 mcm ni..caranya..tak payah tgk..tak payah bc..senang..lega..fikiran pon x kusut..org pon x marah.
2.Kurang quality time dgn anak,suami,jiran dan rakan2.Hal ni mmg x dinafikan.All this while..leka dgb fb...aku x perasan Ruqayyah dh bijak bercakap sgt..Aku x perasan Najibah adalah seorg yg sgt kreatif melukis dan suka ekpress feeling dia tru her writing..aku x perasan husband aku tgh berusaha jualkan camera slr dia utk dptkan duit beli remote control dan segala mende alah utk RC aircraft dia...aku x perasan..ada buku2 yg aku x pernah buka kulit utk membacanya.Sumer ni sbb leka sgt dgn fb sblm ni.
3.Bergaduh.Kadang2 x perasan ada org yg suka jd duri dalam daging..pecahbelahkan silaturrahim dgn status kita di fb..pprint skrin dan sbgnya..

Makanya..aku puasa je lah dr fb..lagipun aku ni bukan retis yg fb dia sentiasa jd perhatian.Semoga jihad kecil ni akan bersihkan diri aku dr sifat2 yg x bagus ini.Wallahualam.

Jadilah kau..

..sahabatku..kekasihku dan teman.

Wednesday, April 6, 2016

I choose..

..
to remain silent, heal myself and move on. Give time some times.


Pernah rasa tak

..sentiasa di sisihkan... ..aku citer kat husband aku...sentiasa..setiap hari..x pernah gagal...husband aku byk diam..."sabarlah" jawap dia...kdg2 frust jugak dgr, x de sapa ke sokong aku...tp td....ni husband ai pos kt wassap..terima kasih.



Tuesday, April 5, 2016

Hadapi dengan senyuman..

...semua yang terjadi biar terjadi. Hadapi dengan tenang jiwa, semua kan baik2 shj.

Monday, April 4, 2016

Sudah-sudah la


Kata-kata Hikmat

Pagi tadi berbincang dgn seorang rakan sekerja disini tentang student yang dh part 8, tapi masih gagal dalam beberapa subjek yang diambilnya semester ni. Rakan tadi mengadu yang dia cuba sedaya upaya naikkan markah itu ini supaya student tu lulus, namun gagal juga. Semasa perbualan tu, lalu lah KPP, mungkin dia terdengar perbualan kami, lantas dia berkata, "Allah takkan tolong orang yang tak nak tolong diri dia", YES, this is the best answer, ever.
Statement tadi aku refleks kan semula kepada situasi aku sekarang. Sampai bila aku nk di takuk ni. Bangun pagi dgn rasa sakit hati kenangkan kata2 oleh org2 toksik pada aku. Aku kena ubah diri aku, sbb Allah takkan ubah kalau aku tak berubah. Ya Allah, bantulah hambaMu yang lemah ini. Yakinlah..setiap apa yang berlaku, Allah nak kita jd lagi baik dr semalam.



Orang Toksik katanya...

Meh sini kak yong tepek skit sifat2 org toksik ni...sumer ni kak yong pernah alami...pergh...sakit nya tuh di sini..apa2 pon, kita kena percaya kepada konsep sabar...dan percaya Allah akan tolong orang2 yang sabar..yelah..kita kdg2 buat silap...kita try untuk berubah jd baik..no body perfect. Semoga kemenangan untuk org2 yang bersabar.Amin

Sunday, April 3, 2016

Alahai..

Baru dpt info..kalau nak buat sabatikal mesti selepas 5 thn PhD..nampak nya kena kuburkan sebentar niat ni...now option yang tinggal
1.buat industrial attachment
2.attend short course
3.post doc
Ha..baru td terima email dr Dr Iskandar,UTM..short course utk wind tunnel akan diadakan selama 5 hr dgn bayaran rm800..menarik gak *sambil pala pikir..mana aku nak cekau rm800 tuh*...ok...sampai sini dulu.

Saturday, April 2, 2016

Kembali Lagi

Kembali aktif semula lepas beberapa tahun x berblog. Tak tau la skill aku menulis ni masih ok ke tak. Banyak jadi dalam masa dua tahun ni. Ok, what passed is passed. Skg kita mula bab baru. Kita x boleh nak padam kesilapan, kesalahan dan apa shj yg buruk di pandangan mata org, yang boleh kita buat ialah, teruskan hidup sebaik2nya. Perbaiki diri.So, students start cuti April ni, aku nak buat apa ya. Tahun ni berazam utk buat sesuatu yang bukan rutin. Antara yang terdetik dalam kepala ialah:
1. Nak buat sabatikal aka post doc
Baru2 ni ada satu research fellowship program yang dihantar di email aku. Di Jepun, start Mac hingga Sept 2017. Macam menarik kan2
2. Nak buat attachment
Nak cari industrial experience. Eventho degree aku ada problem utk akreditasi (bukan salahku), xmo la ni jd penghalang kan
3. Amik short course area2 Johor ni.
Iman Najibah dah start skolah darjah satu next year. Kena fikirkan dia juga. Wallahualam. Semoga Allah berkan bantuanNYA. Amin